Thursday, 15 September 2016

Amalan Berpantang


Tag :
Resepi Berpantang, Makanan yang perlu dielakkan. Pantang Bersama,Amalan Berpantang, Apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika dalam pantang. 30 hari, 44 hari, 100 hari.

Ramai perempuan 'moden' sekarang ambil acuh tak acuh tentang amalan berpantang ni. Bagi aku walau macamana moden pun kau, amalan berpantang adalah benda yang bukan boleh kau pandang ringan.
ya. Mungkin hari ini kau banggakan tubuh kau mampu hadap dan terima, jangan nanti usia bayi belum pun 2 tahun badan kau dan hancur 'barai'.
Bukan ingin menakutkan tapi bila melihatkan ibu-ibu muda sungguh acuh tak acuh manjaga pantang aku yang jadi tak keruan. Aku yang agak 'menjaga' pantang pun kadang-kadang tubuh tu terasa 'beku' juga apatah lagi yang langsung tak ambil peduli.

Sampaikan aku pernah berjumpa ibu muda yang melantak McDonalds, minum coke dan ais seawal hari berpantang masuk minggu kedua. Sudah pakai seluar tight dan berjalan bersiar-bersiar pada malam hari sedangkan anak masih lagi merah 'kata orang tua-tua'.Berstokin, Bersanggul tinggi, Berpilis apatah lagi. Tolonglah jaga pantang kita esok-esok badan dah sakit yang tanggung nya diri sendiri.Suami cuma boleh tenangkan dan mungkin cadangkan ke doktor Dah berlemuih, dah lecak, suami pandang pun tak hingin.

Antara amalan berpantang

  1. Image result for pakaian berpantang stokin kain batik
  2. Mandi satu hari 1 kali sahaja
  3. Mulakan berurut pada hari ke 7 kelahiran apabila luika sudah sedikit sembuh
  4. Bersanggul tinggi diikat ketat-ketat
  5. Berpilis / param
  6. Berstokin
  7. Berbaju lengan panjang / berkain batik
  8. Bertungku / Bertuam
  9. Berbengkung
  10. Kurangkan berkipas (aircond sedikit ok sebab tidak ber'angin')
  11. Duduk melunjur SAHAJA
  12. Baring Terlentang /Terlangkup sahaja.(Jika mengiring peranakan dikhuatiri beralih ke kiri kanan)
  13. Tidak mendukung / menggendong selain bayi yang baru lahir sahaja
  14. NO ice
  15. Jangan terlanggar ibu jari kaki. Dikhuatiri bentan / tumpah darah
  16. Meminum air akar (Herbanika NR @ apa saja air akar kayu supaya dalaman cepat sembuh)

Pantang Makanan

1.   Ikan yang berbisa. Contohnya ikan keli

Image result for catfish

2.   Sayur-sayur berwarna putih (sejuk)

Image result for white vegetables

3.   Laksa (Pantang setahun. Laksa melalui 3 kali rendaman. Rendaman untuk melembutkan laksa       kering, Rendaman/ rebusan untuk memasak laksa. Rendaman bersama kuah untuk dimakan. Oleh       itu mee laksa adalah makanan yang tidak berkhasiat untuk dimakan)

Image result for laksa

4.   Telur . (mengakibatkan gatal) 
Contohnya : Potato Bun - Roti ni membuatkan aku menanggung azab gatal selama 2minggu. 

Image result for potato bun

5. Ayam / Ikan bilis.
Sesetengah orang boleh makan ayam ketika pantang, dan aku tak boleh makan ikan bilis dan ayam kerana mengakibatkan gatal.


Cara Merawat gatal-gatal / ruam
  • ECONAZINE

Image result for econazine cream

  • SEBAMED
Image result for sebamed soap

Pantang Bersama - 44 hari seeloknya 60 hari.


Image result for make love

AWAS ! SAKIT RENGAT !
Kesakitan yang sama azabnya dengan cotraction semasa bersalin. tempoh berlanjutan 1 hari -seminggu. Jika boleh elakkanlah dari terkena Azabnya lebih lama dari bersalin.

Punca - Darah Bantal (Saki baki darah mentah yang masih bengkak bergerak-gerak di dalam rahim                  ibu)

Rawatan - Sila Baca pautan nya dari link ini Sakit Rengat dan Cara Merawatnya

No comments:

Post a Comment