Wednesday, 26 October 2016

Cara Membuang Lemak Pada Perut / Mengurangkan Perut Buncit

Makanan bergoreng, berkalori, gula adalah penyebab utama lebihan lemak pada perut.Lemak pada perut akan menyebabkan adalah lebih berisiko mendatangkan penyakit berbanding lebihan lemak pada bahagian lain.

Yang paling popular bagi masyarakat Malaysia adalah penyakit 3 serangkai. Maklumlah makanan
semua sedap-sedap. Yang sedap tu lah akan jadi penyakit di kemudian hari.

Apa itu penyakit 3 serangkai? KENCING MANIS (diabetes) , SAKIT JANTUNG (heart disease),
LUMPUH (stroke)

Lemak mudah merebak dari bahagian abdomen ke pembuluh darah. Lemak di bahagian abdomen

adalah sukar untuk dipecahkan walaupun dengan diet ketat Kalau tak cukup istiqamah, berjiwa kental

nak buat crunches setiap hari boleh cuba minuman ini 100% semula jadi yang boleh membantu anda menangani masalah tersebut. Berikut adalah apa yang anda perlukan:

Jus Lemon, parsley dan air

– 1 lemon;

– parsley;

– 60 ml air

Masa penyediaan tak sampai pun 5 minit. Apa yang perlu dibuat adalah:-

1) Perah limau

2) Masukkan perahan dalam gelas berisi air tadi

3) Masukkan parsley yang dah dipotong halus ke dalam cawan berisi perahan limau tadi

Perlu diminum ketika perut kosong !

** Pengambilan daun parsley secara teratur mampu membantu mengurangkan sehingga 3kg dalam masa 5 hari sahaja!

hebat? hasil alam semulajadi :)

Lemon kaya dengan vitamin C yang juga musuh kepada makanan yang tak sihat. Lemon juga

membantu menguatkan sistem imunisasi badan kita, membersihkan toksin dari badan dan lebihan

lemak pada abdomen.

Selain dari meminum 'penawar' ini, amalkan gaya pemakanan yang teratur contohnya seperti di

bawah untuk membantu memecahkan lebihan lemak dengan lebih cepat dan efektif.

- Kunyah makanan dan ambil masa supaya makanan yang dikunyah

- Minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari

- Masukkan oat dalam diet seharian. Ia akan membantu melancarkan pencernaan di samping      mengelakkan kembung perut.

- Makan walnut, pistachios dan almond. Kekacang juga baik untuk penghadaman.

- Makan protein untuk membakar lemak . Contoh : Salmon, tofu, cendawan, dan ayam.

**  Bersenam setiap hari. Jangan cuma fokuskan bahagian perut. Dengan melakukan senaman pada

keseluruhan badan ia akan membakar lemak dari semua bahagian akan mengekalkan bentuk tubuh

yang sempurna.


Search label : Bagaimana menghilangkan lemak pada perut, Mengelakkan perut buncit, lemon, limau, how to get a flat belly.

UBER - Tips and Tricks - Pendapatan tambahan untuk orang awam , pelajar, mahupun suri rumah


Salam.
Hari ni aku ingin berkongsi sedikit sebanyak tips yang diperlukan untuk menjadi seorang pemandu UBER di Malaysia.

Kalau betul caranya Uber di Malaysia ni dapat membantu meningkatkan taraf hidup kita even cuma sekadar pemandu separuh masa. Aku sendiri sebagai seorang wanita boleh menjana dalam RM120 untuk 6 trip sahaja dalam sehari. Bagaimana? Bacalah. Semoga bermanfaat.

Tips
1. Rancang lokasi tumpuan.
Bagi aku sebagai seorang perempuan, kau tetap oleh memandu uber cum memerlukan sedikit keberanian. Bagi area Lembah Klang, alhamdulillah setakat ni request untuk uber tak pernah putus, cuma kau perlu pastikan target kau, destinasi (dari pinggir KL - pusat bandar(Bukit Bintang, KLCC) @ pusat bandar - pinggir KL cth seperti Setapak, Gombak, Cheras)

2. Jalan jem @ sesak menandakan bayaran berganda? Ini adalah mitos buat UBER
 Uber mempunyai rate berganda tersendiri pada waktu-waktu puncak @ peak hour dan di lokasi-lokasi tertentu. So, tak perlu memenatkan badan mencari rider (penumpang) yang menghala ke jalan sesak. sebab selalu nya peak hour rate adalah dari PUSAT BANDAR ke PINGGIR BANDAR dan bukan sebaliknya. Perjalanan yang lebih kilometer nya adalah lebih baik.

3. Beramah mesra dengan rider
Bila rider senang dan selesa dengan kita dia akan percaya untuk menggunakan kdidmat kita lagi. So ada sekali tu ada seorang makcik ingin ke Bangsar Shopping Centre dari Wangsa Maju. Bila kita ramah dan pndai ambil hati makcik tu pun request kalau kita boleh ambil dia semula bila pulang nanti. So bila dah sampai baru minta makcik tu request untuk ride. Tapi dalam peraturan uber kita tak boleh pandai-pandai save no rider ye dan tak ada istilah 'regular customer' melinkan rider yang request dengan kita.

4. Layan rider dengan baik
Rider ni kadang-kadang bukan elok sangat pun, yang banyak demand, yang pertikaikan kenapa ikut jalan sini tak ikut jalan sana, yang komplen kereta kita panas la apa lah. Cuba banyakkan bersabar dan layan sebaik mungkin. Sebab kalau rider ni tak rate @ rate <5 bintang, sedikit sebanyak akan mempengaruhi kualiti servis kita.

5. Business Card
Ni salah satu cara pemandu Uber di luar negara. Apa salahnya keluarkan modal sedikit untuk buat business card agar rider terbuka hati untuk simpan dan mungkin akan ingat kita jika memerlukan ride ketika kecemasan, Ni juga salah satu consumer service yang digalakkan.

6. Charger Port
Boleh juga sediakan perkihidmatan untuk mengecas telefon bimbit untuk penumpang. Kita boleh mengenakan bayar cth RM1 atau boleh je kalau rasa nak beri servis mengecas ni secara percuma.

7. Isi minyak penuh dan jangan lupa buat loyalty card.
Bila dh selalu buat uber ni mestilah akan kerap mengisi minyak. Jadi apa salahnya sign up untuk royalty card Shell (bonuslink), Petronas (Mesra), Petron atau sebagainya. Dapat juga kumpul point untuk tebus hadiah percuma nanti.

8. Touch n Go / Smart Tag
Touch n Go @ smart tag sudah digunakan secara meluas di kebanyakan plaza-plaza tol seluruh negara apatah lagi di Lembah Klang. Ia memudahkan dan menjimatkan masa beratur panjang di plaza tol. Kebanyakan rider adalah orang yang sedang mengejar masa. Oleh itu penggunaan touch n go/smart tag akan membuatkan rider kita lebih happy kerana kita tidak semakin melengahkan masa mereka dan kebanyakan rider ni bukanlah jenis orang yang berkira. Asalakan cepat sampai itu sudah berbaloi bagi mereka.

9. Keberanian.
Walau lelaki mahupun perempuan tetap ada risikonya. Even kerajaan sendiri dah endorsed uber ni, Dalam belanjawan 2017 pun dah PM nyatakan income B40 boleh guna duit BRIM untuk beli Proton Iriz dan buat Uber bagi menambah pendapatan keluarga (walaupun pada pendapat saya banyak lagi kereta lain yang lebih sesuai untuk uber). Sentiasa ingat pemandu-pemandu teksi tetap memandang pemandu Uber sebagai ancaman buat mereka. Jadi berhati-hati lah ya dan sediakan apa-apa peralatan untuk mempertahankan diri dari kejadian yang tidak diingini.

Search label :
Uber, uber driver, uber rider, uber kuala lumpur, uber selangor, uberkl, memandu uber, pendapatan pemandu/ memandu uber, belanjawan 2017, Proton Iriz untuk memandu Uber, BRIM, BRIM 2017,
pendapatan tambahan, safe, uber earnings, pendapatan pemandu uber.