Mahal tak? Costing? related search : Harga Braces 2024/Braces/Klinik Braces Murah/Harga Braces/ Kos Pemasangan Braces/ Braces KL/ klinik braces/ orthodontic
sakit tak? : cabut gigi / geraham / separator
lama ke tunggu baru boleh pasang? Depends. Selalunya dalam 1 bulan.
klinik yang ada servis buat braces?
ok. Memandangkan aku sendiri google dan post2 yang aku jumpa kebanyakannya yang dah lama.since forever orang putih kata. hari ni jom kita update sikit pasal braces ni.
My braces story.
Dari kecil gigi aku memang tak rata. ada rabbit teeth (gigi arnab) dan gigi bawah (depan) yang bersepah.
aku pernah operate buang 4 batang gigi geraham bongsu yang tumbuh melintang sebab dah tak ada ruang dia nak keluar. Rahang aku juga selalu sakit bila makan daging dan akan kebas bila kunyah chewing gum. kesian tak? so memang dari dulu dah berniat nak pakai braces, cuma tak sempat daftar untuk kerajaan terpaksa lah tunggu ada sikit modal untuk buat di klinik swasta.
Mahal tak?
Depends. Sebab braces @ orthodontic braces ni persaingan dah banyak. kalau KL / Selangor walaupun klinik pergigian yang ada servis ni banyak tapi still agak mahal dan mengambil Q yang panjang. Harga klinik swasta ni dari RM4000 - RM9000. Kalau kau pergi specialist takkan lah kau harapkan RM4500 ye dak?
Macam aku punya, aku buat di kampung suami, di Seri Iskandar, Perak. Ada 2 klinik pergigian di Seri Iskandar, Klinik An-Nur dan Klinik Pergigian Norazleen. Aku buat di Klinik Pergigian Norazleen, RM3500, on the same day. Deposit RM1500, monthly RM100. Siap kos mould gigi. Hebat kan? Sebab demand rendah. Kalau ada yang buat pun mungkin student UiTM Seri Iskandar @ UTP dan perantau macam aku ni.
Costing (Bergantung pada klinik)
Consultation = RM30-100
Consultation + Mould = RM200 - RM300
X-ray = RM150- RM250 (adik aku buat di DEMC, Shah Alam RM150)
Deposit (Upon braces installation ) = RM800 - RM2500
Contoh deposit untuk klinik yang aku pernah tanya.
RM800 (Klinik Pergigian Suriani, Ampang)
RM1000 (Klinik Pergigian Maheran, Ayer Tawar Perak)
RM1500 ( Klinik Pergigian Zahida, Shah Alam / Klinik Pergigian Norazleen, Seri Iskandar)
RM2500 (Klinik Pergigian Kelana Jaya, Klinik Pergigian Wangsa Maju)
Misc Charges ( Klinik Pergigian Norazleen)
Scaling = RM60
Tampalan = RM60
Cabut gigi = RM50-RM80
Contoh Klinik dan Harga untuk rawatan Ortodontik
List Price_ Zahida Dental Shah Alam
Senarai Klinik Ortodontik yang berdaftar, klik link dan boleh cari orthodontist yang berhampiran dengan lokasi korang.Atau pun bila korang pergi jalan-jalan tu nampak je klinik ada tulis rawatan ORTHODONTICS confirm klinik tu memang ada buat braces. Pemilihan lokasi memang memainkan peranan penting, senang nanti nak buat check up tiap-tiap bulan. Kos perjalanan pun perlu diambil kira ok sebab temujanji adalah tiap-tiap bulan selama paling kurang 2 tahun.
Malaysia Association of Orthodontists
Antara contoh klinik yang dikatakan murah dari segi kos untuk rawatan Orthodontics. Tapi Q dia faham-faham la ye. Memang ambil masa lah kalau nak buat. Yang penting tanya dan dapatkan sebanyak mana info yang korang perlukan. Memang perlu call untuk tahu prosedur dan proses.
Review_Klinik Dr Zarin, Ampang
Review_Klinik Dr Aina, Kajang
Review_Klinik Suriani, Ampang
Review_Klinik Maheran, Manjung
Untuk semua senarai Klinik Pergigian Swasta yang berdaftar.
Senarai Klinik Pergigian Yang Berdaftar Dengan MOH (Ministry of Health)
Sakit tak? - Beautiful is Pain.
Tu je aku boleh kata. aku tak nak takut kan orang yang nak pakai braces. Sebab aku tau tak best nya rasa orang kutuk-kutuk gigi bertindih kau, orang ketawakan gigi arnab kau. So, kalau nak cantik kena berkorban lah jiwa dan raga. Makanan2 Malaysia yang superb. Kau chill je. Cuma untuk 2-3 tahun. Lepas tu kau boleh mula senyum sampai telinga. Boleh pamerkan gigi atas bawah kau yang dah tersusun rapi.
For the first week memang akan suffer. SUFFER ok. rasa ngilu seluruh mulut. dengan ada benda asing (braces) yang sentiasa berlaga dengan bibir. Ok ni aku tak tipu.Sebab ni pengalaman sendiri. Kalau ada yang kata dia pakai tu tak sakit dia memang hebat. Dengan adanya braces bila kau menggigit rasa macam nak luruh semua gigi. Boleh mengunyah tapi kena super slow dan hati2 kalau berlaga gigi atas bawah memang menangis la.Cara nak kurangkan sakit tu
Jenis - Jenis Braces .Selalunya yang orang akan pilih adalah metal braces. Sebab dia murah dan boleh tukar-tukar warna getah tu.Cuma metal braces ni perlu pakai lebih lama (beberapa bulan) daripada braces jenis yang lain untuk lebih berkesan.
Elemen pada Braces. Bukan sekadar pakai, kena lah ambil tahu apa yang doktor ikat pada gigi kita ni.
Dengan post yang panjang lebar ni aku tak tahu ada orang akan baca ataupun tak. tapi sekurang-kurangnya untuk simpanan diri aku sendiri dan usaha untuk memudahkan orang-orang yang memang betul2 mencari maklumat tentang braces ni.Harap aku tak give up. Senyuman yang sempurna tu just around the corner. Cepatlah dua tahun..haha
P/S: Aku dapat traffic read yang sangat tinggi untuk post ni since June. Thanks sebab korang sudi nak baca. Aku harap korang dapat tinggalkan komen apa lagi produk @ servis yang nak aku review. Sudi-sudilah jadi follower untuk naikkan semangat aku nak update lagi banyak topik-topik menarik. Topik banyak tapi bersawang dalam draft je sebab bahan tak cukup lagi. Apa-apa pun thanks for reading :)
Dr zarin tu Q dia bapa lama ye..
ReplyDeleteQ dia selalunya memang panjang. 1 bulan atau lebih.
DeleteDr zarin tu Q dia bapa lama ye..
ReplyDeleteMemang lama ke tempoh kita untuk pakai braces ni ? Makan tahun jugak ye ?
ReplyDeleteHi Syahir.
DeleteYups! paling cepat pun 2 tahun. Sebab pakai yang paling basic.
Sis i nk tnya sbb i ni still form 4 student n hidup i ni slalu berdikari je.parents busy katekan.mcm ni klu untk psg braces tu mmg doctor perlu kebenaran parents untk isi borg ape2 or not??
ReplyDeleteKlau belum 17 tahun better tnya hosp kerajaan.. Boleh try call klinik pergigian bangsar untuk kepastian. Tp klau swasta tak perlu apa2 consent pun asalkan bayar je.
Deletekalau dah 17 tahun? masih boleh lagi ke?
Deletekalau klinik kerajaan free ke?
ReplyDeleteNothing is free dear :) kalau kerajaan dalam rm700-rm-1000
DeleteHye, agak2 lah kalau gigi bongsu tumbuh melontang kena buang dulukan ? Sebelum nak pakai braces?
ReplyDeleteYup.. And i have 4..kena buang 4 4. Kalau melintang kena buat operation
DeleteHi nak num phone klinik tu boleh tak?
ReplyDeleteDekat post ada nombor2 klinik yg awk boleh click.
DeleteSalam . Kalau nk buat braces kat klinik kerajaan , agaknya berapa lama nk tunggu giliran kita ?
ReplyDeleteSy dah register sejak 2015. Till now still Q. Last year List nama patients yg register pada tahun 2013 pun tak habis lagi.
ReplyDeleteAssalamualaikum sis, saya nak tanya, deposit yg sis kata rm1500 tu, bayar sekali untuk semuanya ke atau camne? Means buat braces , xray dan sebagainya ? And then bayar rm100 untuk beberapa tahun , dan bila tiap bulan nak check or pape kena bayar lagi ke atau mmg da sekali dlam pembayaran tiap bulan rm100 tu?
ReplyDeleteTu depends pada klinik. Ada yg 1500 tu deposit sahaja. Xray dan mould gigi kira lain.. mould dlm 200 camtu xray dalam 150-200.. sebab sy ni klinik kg je so 1500 tu dah included. Bayar sekali je masa pakai..
Deleteklinik norazleen yang sis pergi tu dia terus pasang onthespot pada hari yg sama ke ?
ReplyDeleteYup. Pasang masa tu jugak
Deletekira xray semua bawa terus ?
DeleteTak perlu bawa apa2..
Deletesis nk tnya..kalau masa pergi klinik utk moulding gigi...slalunya doc akn pasang braces terus @ dia akn bg appointment baru...moulding tu siap lama @ kjp
DeleteKalau area ipoh kt mne ye klinik braces yg agak murah? Dan anggaran die berapa ye?
ReplyDeleteassalammualaikum sis, sis bayar deposit 1500 dekat klinik norazleen tu termasuk moulding, x-ray and consultation ke? cabut gigi termasuk sekali ke? and sis walk in je ke or kena call untuk buat appoinment? sebab adik saya pun memang nak buat dkt sane tapi tgh survey2 jugak harga. haritu tanya dr maheran manjung dah RM4800 braces dia.
ReplyDelete1500 tu termasuk moulding.. xray buat nanti pun tak apa. Total dlm 3500-4000..call dlu dan tnya boleh terus walk in hari tu tak..selalu bila dh buat appointment tu mmg boleh dtg terus buat..
Deleteassalamualaikum sis, Kalau kat klinik kerajaan tu kos dia brbeza x utk thun ni??
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsiannya saya ambil yang haq sahaja lain tiada dulu kini dan selamanya.
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteKl warga asing,boleh ke?
Salam. Ada no klinik norazleen x?
ReplyDeleteThinking of doing braces, so far plan nah guna Invisalign Malaysia
ReplyDeleteSalam..utk org usia 42 thn msh blh buat braces ni tak?����
ReplyDeleteBoleh je kak. Td ada umor 60 an buat..
Deleteas salam.. sy nk buat, tp ada yg ckp haram.. gigi sy yg depan satu terkeluar sikit... dan bawah x rata sikt.. dah lama da simpan niat nk buat.. cmne ye?
ReplyDeleteKalau untuk keselesaan kita diharuskan.. Niat utk psg spy dpt bcakap n beribadah dgn lbih smpurna😊
DeleteBoley x bg no fon clinic norazleen?
ReplyDeleteI rasa nak buat tapi takut pula, nak survey dulu baru berani buat..hehe..dah decide buat kat private dental clinic
ReplyDeleteI dah baca article ini, https://www.lookp.com/blog/government-and-private-dental-service-malaysia sblm decide.
Kalau u all nak senarai dental clinic boleh dapat jugak kat https://www.lookp.com/malaysia/dentist Siap dgn ulasan dan rank.
SEMOGA MEMBANTU...
Hello There. I found your blog using msn. This is an extremely well written article. I will be sure to bookmark it and return to read more of your useful information. Thanks for the post. I’ll certainly comeback.
ReplyDeletedo ceramic braces take longer
Berapa lama kalau pakai braces baru boleh makan ayam? Ke mmg kne tnggu buang braces baru boleh hm
ReplyDeleteSy baru buat tadi.. Boleh je terus mkn ayam..tp kunyah Pelan2..
Deletesaya plan nk pakai braces.klinik swasta brapa lama ye kena tunggu?
ReplyDeleteSy tlg reply boleh. Sbb baru buat td kt klinik norazleen ni. Ok.. Call n boleh walk in then terus pasang.. Deposit Rm1500.. Monthly rm100.. Dr baik..
DeleteHai dear, means tak ambik masa sngt lama la bila nak buat kat klinik ni? Btul ii nak tau sbb dah lma nk pkai braces :<
Deletehai saya staff ni klinik gigi norazleen klau berminat untuk pasang braces boleh contact number 0164134603
DeleteTq atas info ni, sgt berguna untuk sy,
ReplyDeleteBerdebar nak mulakan langkah2 menuju ke gigi besi...
Assalamualaikum dear. Awak pakai braces dkt klinik Norazleen. Ada pakai bands tak dkat gigi belakang ?
ReplyDelete