Thursday 17 November 2022

Kita adalah apa yang kita fikirkan. Edisi PRU15. 19 Nov 2022

 Hello. Lagi 2 hari nak mengundi PRU15. Media sosial gegak gempita dengan macam- macam posting menyokong pihak sana dan sini. Berbagai teladan baik, fitnah, skandal dilondehkan dan semua ni bingit benar dalam minggu kritikal ni. Masing-masing nak jadi hero. Bagi aku, tak salah kalau kita nak cuba kepimpinan baru. Mungkin ada golongan yang masih tak sedar atau masih lagi in denial, kredibiliti, nilai, bahkan wang ringgit kita jatuh merudum. 

Contohnya nak travel ke luar negara pun tak mampu. Melainkan lately ni viral melancong murah ke Thailand. Walaupun Baht lebih kukuh dari Ringgit sekarang, tapi rasa lega tu sebab harga makanan, hotel, dan lain-lain aktiviti masih murah di sana. Sampai kan kita diugut, dikata, kerana tak support pelancongan di negara sendiri. Ye lah, macamana nak support kalau accomodation cost makin mahal dan menggila dengan paras gaji yang kritikal. Gaji tak naik tapi harga barang mentah naik mendadak. Walaupun akhirnya harga dapat dikawal, still, harga dipasaran takkan turun. Hiduplah kita dengan harga naik, tapi kekal tu. Nak bermimpi gaji naik ikut kualiti pasaran dunia, hmm lambert lagi. Itu kita cerita Thailand. Jadi mampukah kita hadap forex untuk melancong ke US? France? UK? Tepuk dada tanya selera. Nasiblah ada Netflix. Banyak cerita dari pelbagai negara yang kita dapat tonton. Boleh la feeling jalan ke Lotte World dan dapat Jin BTS jiran belakang rumah, bila layan Kdrama. Dapatlah kita jalan ke US, naik flight, bila kita tonton Manifest. Macam tu je lah inspirasi travel anak-anak muda sekarang.  

Hidup ni keras. Terpulang pada kita untuk memilih jadi baik atau jadi kejam pada orang lain. Kekuatan, kekuasaan di dunia ni tak akan dapat bawa ke alam pengadilan sana. Jangan kita ingat di dunia ni kita hebat menindas orang yang lemah, kita akan dibiarkan terus bermaharajalela. 

Wang, harta, pangkat, darjat, hanya berguna di dunia ni saja. Sehingga nyawa belum ditarik keluar dari jasad. Jangan kita sewenang-wenangnya memijak orang, takut nanti tak sampai kiamat di dunia tuhan dah tunjuk azab. Jadi berpada-pada lah dalam mengejar kemasyhuran. Kelak tak mampu kita berpatah balik mencari jalan keredhaan dengan hidup yang hanya pinjaman. 

Nanti kita update untuk hari pilihanraya pula ok! Till then.



Saturday 12 November 2022

Adakah berbaloi Hi-Tea di Best Western i-city?

 I-city.Shah Alam.Hi-tea.Buffet.review.harga.

Hello semua. Hari ni 12/11/22, sajalah nak share pengalaman incase ada yang mencari hi-tea buffet on weekend untuk spend quality time dengan family. 

Dah few days aku tercari-cari hitea buffet dengan harga yang sepadan dengan poket. Semalam teruskan google lagi dan pop up lah satu hotel di Shah Alam, Best Western Hotel dan lokasinya betul-betul di kawasan I-City Themepark. 

Dari kecil aku dibawa untuk menikmati buffet dengan pelbagai jenis makanan di hotel jadi kali ni aku nak cuba bawa suami dan anak-anak untuk spend time di sini. 

Duration masa untuk hitea ni adalah dari jam 12.30 hingga 4.00 petang. Harga pula RM58/dewasa dan RM30/kanak-kanak. Namun kami tiba agak lewat, almaklumlah dekat rumah macam-macam nak disiapkan. Anak empat begitulah. 

Aku tak letak expectation tinggi sebab ini adalah 3-star hotel. Tapi aku rasa kecewa. Pilihan makanan ntah apa. Sides pun hmm tak tau nak describe. Tapi ye lah makanan ni still bayar kot walau hotel 3 bintang. so apa yang ada?

Kueyteow/nasi goreng/nasi minyak (hell tak ada rasa apa)

Jeruk?/biskut/ice abc/cendol

Baik makanan kedai tomyam lah kalau macam ni dia served untuk RM58/adult. So overall rate? 2/10