Tuesday 4 July 2023

Selasa 4 Jun 2023

 Pagi-pagi aku dah rasa sangat lelah. Ya. Jam baru menunjukkan 8.21am. Tapi realiti semalam kau tetap perlu hadap lagi hari ini.

Segala yang dibuat rasa sangat menyesakkan. Jiwa aku terbuai. Hati aku pedih. Badan aku penat.

Ya, tak ada siapa pun menghiraukan kesusahan kau. Sebanyak mana kau mampu meminta untuk terus hidup?

Sekuat mana kau mampu bekerja untuk mencari segulung duit buat membayar hutang piutang kau?

Akhirnya, kau tetap sendiri. Menggagahi kudrat kau sendiri. Bertarung dengan emosi dan mental yang hampir hancur. 

Sehebat mana lagi tuhan mahu menguji? Sekuat mana lagi kau mampu bertahan?

Bagaimana kau nak pilih, sama ada berjuang untuk hidup atau mengakhirinya dengan mati?

Sungguh.

Pedihnya sudah tidak lagi tertanggung.