Wednesday, 26 October 2016

Cara Membuang Lemak Pada Perut / Mengurangkan Perut Buncit

Makanan bergoreng, berkalori, gula adalah penyebab utama lebihan lemak pada perut.Lemak pada perut akan menyebabkan adalah lebih berisiko mendatangkan penyakit berbanding lebihan lemak pada bahagian lain.

Yang paling popular bagi masyarakat Malaysia adalah penyakit 3 serangkai. Maklumlah makanan
semua sedap-sedap. Yang sedap tu lah akan jadi penyakit di kemudian hari.

Apa itu penyakit 3 serangkai? KENCING MANIS (diabetes) , SAKIT JANTUNG (heart disease),
LUMPUH (stroke)

Lemak mudah merebak dari bahagian abdomen ke pembuluh darah. Lemak di bahagian abdomen

adalah sukar untuk dipecahkan walaupun dengan diet ketat Kalau tak cukup istiqamah, berjiwa kental

nak buat crunches setiap hari boleh cuba minuman ini 100% semula jadi yang boleh membantu anda menangani masalah tersebut. Berikut adalah apa yang anda perlukan:

Jus Lemon, parsley dan air

– 1 lemon;

– parsley;

– 60 ml air

Masa penyediaan tak sampai pun 5 minit. Apa yang perlu dibuat adalah:-

1) Perah limau

2) Masukkan perahan dalam gelas berisi air tadi

3) Masukkan parsley yang dah dipotong halus ke dalam cawan berisi perahan limau tadi

Perlu diminum ketika perut kosong !

** Pengambilan daun parsley secara teratur mampu membantu mengurangkan sehingga 3kg dalam masa 5 hari sahaja!

hebat? hasil alam semulajadi :)

Lemon kaya dengan vitamin C yang juga musuh kepada makanan yang tak sihat. Lemon juga

membantu menguatkan sistem imunisasi badan kita, membersihkan toksin dari badan dan lebihan

lemak pada abdomen.

Selain dari meminum 'penawar' ini, amalkan gaya pemakanan yang teratur contohnya seperti di

bawah untuk membantu memecahkan lebihan lemak dengan lebih cepat dan efektif.

- Kunyah makanan dan ambil masa supaya makanan yang dikunyah

- Minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari

- Masukkan oat dalam diet seharian. Ia akan membantu melancarkan pencernaan di samping      mengelakkan kembung perut.

- Makan walnut, pistachios dan almond. Kekacang juga baik untuk penghadaman.

- Makan protein untuk membakar lemak . Contoh : Salmon, tofu, cendawan, dan ayam.

**  Bersenam setiap hari. Jangan cuma fokuskan bahagian perut. Dengan melakukan senaman pada

keseluruhan badan ia akan membakar lemak dari semua bahagian akan mengekalkan bentuk tubuh

yang sempurna.


Search label : Bagaimana menghilangkan lemak pada perut, Mengelakkan perut buncit, lemon, limau, how to get a flat belly.

UBER - Tips and Tricks - Pendapatan tambahan untuk orang awam , pelajar, mahupun suri rumah


Salam.
Hari ni aku ingin berkongsi sedikit sebanyak tips yang diperlukan untuk menjadi seorang pemandu UBER di Malaysia.

Kalau betul caranya Uber di Malaysia ni dapat membantu meningkatkan taraf hidup kita even cuma sekadar pemandu separuh masa. Aku sendiri sebagai seorang wanita boleh menjana dalam RM120 untuk 6 trip sahaja dalam sehari. Bagaimana? Bacalah. Semoga bermanfaat.

Tips
1. Rancang lokasi tumpuan.
Bagi aku sebagai seorang perempuan, kau tetap oleh memandu uber cum memerlukan sedikit keberanian. Bagi area Lembah Klang, alhamdulillah setakat ni request untuk uber tak pernah putus, cuma kau perlu pastikan target kau, destinasi (dari pinggir KL - pusat bandar(Bukit Bintang, KLCC) @ pusat bandar - pinggir KL cth seperti Setapak, Gombak, Cheras)

2. Jalan jem @ sesak menandakan bayaran berganda? Ini adalah mitos buat UBER
 Uber mempunyai rate berganda tersendiri pada waktu-waktu puncak @ peak hour dan di lokasi-lokasi tertentu. So, tak perlu memenatkan badan mencari rider (penumpang) yang menghala ke jalan sesak. sebab selalu nya peak hour rate adalah dari PUSAT BANDAR ke PINGGIR BANDAR dan bukan sebaliknya. Perjalanan yang lebih kilometer nya adalah lebih baik.

3. Beramah mesra dengan rider
Bila rider senang dan selesa dengan kita dia akan percaya untuk menggunakan kdidmat kita lagi. So ada sekali tu ada seorang makcik ingin ke Bangsar Shopping Centre dari Wangsa Maju. Bila kita ramah dan pndai ambil hati makcik tu pun request kalau kita boleh ambil dia semula bila pulang nanti. So bila dah sampai baru minta makcik tu request untuk ride. Tapi dalam peraturan uber kita tak boleh pandai-pandai save no rider ye dan tak ada istilah 'regular customer' melinkan rider yang request dengan kita.

4. Layan rider dengan baik
Rider ni kadang-kadang bukan elok sangat pun, yang banyak demand, yang pertikaikan kenapa ikut jalan sini tak ikut jalan sana, yang komplen kereta kita panas la apa lah. Cuba banyakkan bersabar dan layan sebaik mungkin. Sebab kalau rider ni tak rate @ rate <5 bintang, sedikit sebanyak akan mempengaruhi kualiti servis kita.

5. Business Card
Ni salah satu cara pemandu Uber di luar negara. Apa salahnya keluarkan modal sedikit untuk buat business card agar rider terbuka hati untuk simpan dan mungkin akan ingat kita jika memerlukan ride ketika kecemasan, Ni juga salah satu consumer service yang digalakkan.

6. Charger Port
Boleh juga sediakan perkihidmatan untuk mengecas telefon bimbit untuk penumpang. Kita boleh mengenakan bayar cth RM1 atau boleh je kalau rasa nak beri servis mengecas ni secara percuma.

7. Isi minyak penuh dan jangan lupa buat loyalty card.
Bila dh selalu buat uber ni mestilah akan kerap mengisi minyak. Jadi apa salahnya sign up untuk royalty card Shell (bonuslink), Petronas (Mesra), Petron atau sebagainya. Dapat juga kumpul point untuk tebus hadiah percuma nanti.

8. Touch n Go / Smart Tag
Touch n Go @ smart tag sudah digunakan secara meluas di kebanyakan plaza-plaza tol seluruh negara apatah lagi di Lembah Klang. Ia memudahkan dan menjimatkan masa beratur panjang di plaza tol. Kebanyakan rider adalah orang yang sedang mengejar masa. Oleh itu penggunaan touch n go/smart tag akan membuatkan rider kita lebih happy kerana kita tidak semakin melengahkan masa mereka dan kebanyakan rider ni bukanlah jenis orang yang berkira. Asalakan cepat sampai itu sudah berbaloi bagi mereka.

9. Keberanian.
Walau lelaki mahupun perempuan tetap ada risikonya. Even kerajaan sendiri dah endorsed uber ni, Dalam belanjawan 2017 pun dah PM nyatakan income B40 boleh guna duit BRIM untuk beli Proton Iriz dan buat Uber bagi menambah pendapatan keluarga (walaupun pada pendapat saya banyak lagi kereta lain yang lebih sesuai untuk uber). Sentiasa ingat pemandu-pemandu teksi tetap memandang pemandu Uber sebagai ancaman buat mereka. Jadi berhati-hati lah ya dan sediakan apa-apa peralatan untuk mempertahankan diri dari kejadian yang tidak diingini.

Search label :
Uber, uber driver, uber rider, uber kuala lumpur, uber selangor, uberkl, memandu uber, pendapatan pemandu/ memandu uber, belanjawan 2017, Proton Iriz untuk memandu Uber, BRIM, BRIM 2017,
pendapatan tambahan, safe, uber earnings, pendapatan pemandu uber.

Thursday, 15 September 2016

Amalan Berpantang


Tag :
Resepi Berpantang, Makanan yang perlu dielakkan. Pantang Bersama,Amalan Berpantang, Apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan ketika dalam pantang. 30 hari, 44 hari, 100 hari.

Ramai perempuan 'moden' sekarang ambil acuh tak acuh tentang amalan berpantang ni. Bagi aku walau macamana moden pun kau, amalan berpantang adalah benda yang bukan boleh kau pandang ringan.
ya. Mungkin hari ini kau banggakan tubuh kau mampu hadap dan terima, jangan nanti usia bayi belum pun 2 tahun badan kau dan hancur 'barai'.
Bukan ingin menakutkan tapi bila melihatkan ibu-ibu muda sungguh acuh tak acuh manjaga pantang aku yang jadi tak keruan. Aku yang agak 'menjaga' pantang pun kadang-kadang tubuh tu terasa 'beku' juga apatah lagi yang langsung tak ambil peduli.

Sampaikan aku pernah berjumpa ibu muda yang melantak McDonalds, minum coke dan ais seawal hari berpantang masuk minggu kedua. Sudah pakai seluar tight dan berjalan bersiar-bersiar pada malam hari sedangkan anak masih lagi merah 'kata orang tua-tua'.Berstokin, Bersanggul tinggi, Berpilis apatah lagi. Tolonglah jaga pantang kita esok-esok badan dah sakit yang tanggung nya diri sendiri.Suami cuma boleh tenangkan dan mungkin cadangkan ke doktor Dah berlemuih, dah lecak, suami pandang pun tak hingin.

Antara amalan berpantang

  1. Image result for pakaian berpantang stokin kain batik
  2. Mandi satu hari 1 kali sahaja
  3. Mulakan berurut pada hari ke 7 kelahiran apabila luika sudah sedikit sembuh
  4. Bersanggul tinggi diikat ketat-ketat
  5. Berpilis / param
  6. Berstokin
  7. Berbaju lengan panjang / berkain batik
  8. Bertungku / Bertuam
  9. Berbengkung
  10. Kurangkan berkipas (aircond sedikit ok sebab tidak ber'angin')
  11. Duduk melunjur SAHAJA
  12. Baring Terlentang /Terlangkup sahaja.(Jika mengiring peranakan dikhuatiri beralih ke kiri kanan)
  13. Tidak mendukung / menggendong selain bayi yang baru lahir sahaja
  14. NO ice
  15. Jangan terlanggar ibu jari kaki. Dikhuatiri bentan / tumpah darah
  16. Meminum air akar (Herbanika NR @ apa saja air akar kayu supaya dalaman cepat sembuh)

Pantang Makanan

1.   Ikan yang berbisa. Contohnya ikan keli

Image result for catfish

2.   Sayur-sayur berwarna putih (sejuk)

Image result for white vegetables

3.   Laksa (Pantang setahun. Laksa melalui 3 kali rendaman. Rendaman untuk melembutkan laksa       kering, Rendaman/ rebusan untuk memasak laksa. Rendaman bersama kuah untuk dimakan. Oleh       itu mee laksa adalah makanan yang tidak berkhasiat untuk dimakan)

Image result for laksa

4.   Telur . (mengakibatkan gatal) 
Contohnya : Potato Bun - Roti ni membuatkan aku menanggung azab gatal selama 2minggu. 

Image result for potato bun

5. Ayam / Ikan bilis.
Sesetengah orang boleh makan ayam ketika pantang, dan aku tak boleh makan ikan bilis dan ayam kerana mengakibatkan gatal.


Cara Merawat gatal-gatal / ruam
  • ECONAZINE

Image result for econazine cream

  • SEBAMED
Image result for sebamed soap

Pantang Bersama - 44 hari seeloknya 60 hari.


Image result for make love

AWAS ! SAKIT RENGAT !
Kesakitan yang sama azabnya dengan cotraction semasa bersalin. tempoh berlanjutan 1 hari -seminggu. Jika boleh elakkanlah dari terkena Azabnya lebih lama dari bersalin.

Punca - Darah Bantal (Saki baki darah mentah yang masih bengkak bergerak-gerak di dalam rahim                  ibu)

Rawatan - Sila Baca pautan nya dari link ini Sakit Rengat dan Cara Merawatnya

Thursday, 8 September 2016

Tukang Kunci Terbaik: Kunci Premis / Kunci Rumah / Kunci Motor / Kunci Kereta

Mencari Tukang Kunci. Looking for locksmith in Klang Valley/ Selangor area. Tukang Kunci 24 jam

Kunci motor hilang kunci pendua/ sparekey juga tiada. Handle lock lagi. Tukang kunci yang mampu buatkan kunci baru tanpa merosakkan bahagian kunci asal,

No sparekey in keeping. Locksmith that can help in traditional way instead of damage the handle lock.

Kunci kereta hilang, kunci kedai, kunci rumah,


Post ini sangat membantu bagi yang mengalami masalah yang sama dengan aku. Seminggu lepas. Buntu bila anak hilangkan satu-satunya kunci motor. Motor cari makan orang kata. Puas google harap ada post yang sangkut tapi hampa.Ada yang tulis 24jam servis la. Berbaloi dan murah la. Bila call jawab macam nk mintak sedekah dari dia pulak. Nak minta whatsapp gmbar motor la. itu ini semua tanya. Nak send quotation dulu lah. Gila mafan.  Hampir seminggu juga berusaha dan.. alhamdulillah. Itupun post dah bersawang hampir 2 tahun. Nasiblah masih available.

Tukang kunci untuk segala macam jenis kunci .
Sangat helpful. Sopan. Kerja pantas dalam 1 jam dah boleh siap.
Hari ni call hari ni jugak boleh datang buat cuma inform je motor model apa dan share location via whatsapp.

Waktu servis dia dari 9am sampai 9pm tapi depends sebab Yasser available untuk 24 jam.
Lebih masa pun ok je cuma inform la kalau kita kerja ke apa.
Tak merosakkan bahagian kunci original/ asal sebab kunci pendua di buat dengan cara 'tradisional'. Pakai kikir tangan. Ye lah mana nak bawak mesin kunci pulak kan. Memang aku puashati tu yang sampai nak up post ni bagi bermanfaat pada orang lain.

Dah banyak membebel. Ok ini untuk motor aku. Hari tu yang tolong buat nama dia Raymond tapi lupa save no dan ni blog dia untuk reference My Abra Locksmith

Jenis : Honda EX5 (2012)
Masa siap : 1 jam (8pm - 9.10pm) - Request lepas balik kerja dan dia ok je
Kos + Upah : RM80

Contact :

YASSER       (SELANGOR)          - +60 11 26096908 
RAYMOND (KLANG VALLEY) - 016-902 3123

Tuesday, 14 June 2016

perkahwinan moden : apa yang perlu dan tidak perlu (kalau kau mampu sila teruskan)

Tahun 2012 tahun perkahwinan aku. Modal untuk sebuah majlis masih  lagi relevan.Masih ada lagi katering enam ringgt satu kepala. Masih guna deko-deko yang simple. Masih atau memang itu je kemampuan aku. Tapi alhamdulillah. Jemputan 600 orang semua dapat makan, malah dapat makan bertambah. Katering yang sedap, Dapat lebihan hidangan untuk 200 packs. Walaupun emak terus menerus merenung jam mengharapkan lekas lah jam 4 untuk majlis bersurai. Dia terlalu khuatir makanan tidak mencukupi.

Modal total untuk majlis aku lebih kurang RM9000 sahaja. Siap semua. Masa tu memang jujur tak mampu, itu pun terpaksa jual kereta wira pemberian mak. Tapi aku redha, itu yang bersesuaian dengan kemampuan aku masa tu dan alhamdulillah hidup aku makin lama makin dimurahkan rezeki. Kehadiran dua orang puteri menambahkan lagi kasih sayang tuhan pada kami.

Walaupun tak ada majlis grand bersanding atas pentas, dalam dewan masyarakat yang sewa pada ketika itu mencecah 800-1000 untuk satu majlis. Kami tidak terikat dengan hutang bank (personal loan) untuk berkahwin. Teringat aku pada kisah seorang kawan (mat despatch)yang perlu membayar RM300 setiap bulan akibat meminjam personal loan sebanyak RM20k untuk majlis kahwinnya. "Anak saya umur 5 tahun nanti baru lah hutang ni habis, anak pun dah besar, bayar hutang untuk apa pun tak nampak. Tu lah dek mengikut rasa orang lain, majlis nak grand jemputan nak beribu orang, akhirnya saya yang menanggung sendiri'. Nak ikut memang sedih, majlis betul-betul di pihak perempuan sahaja, si sebelah suami aku cuma majlis kesyukuran kecil. Tapi hati aku cukup redha ketika itu. biarpun tiada hantaran beg tangan guess@bonia, sepasang high heel Aldo ataupun set Iphone baru, tapi selepas selesai saja majlis satu keluhan gembira dan kepuasan mampu dileraikan. Aman bila majlis selesai, hutang pun takada.

Aku tau suami aku seorang yang sangat bekerja keras untuk keluarga nya, aku pernah mengidamkan seutas rantai untuk membatal air sembahyang. Tak pernah terlintas yang dia akan memberi, pada pagi majlis diserahkan satu kotak berupa rantai yang aku idamkan, hampir mengalir airmata ketika itu. Sempat aku bertanyakan, "mana awak dapat duit beli ni? bukannya murah?" jawabnya "dah awak teringin, saya usahalah dapatkan. ni duit saya tolong pakcik meniaga kat uptown, saya beli secara ansuran dari kedai emas tu. Dah habis bayar baru tokey bagi". Sungguh aku terharu. Dan hingga kini, suami ku masih insan yang sama. Bekerja keras,demi anak dan keluarga nya tanpa memikirkan kehendak sendiri. Dan rezeki yang dia perolehi hasil dedikasi, tanpa sekeping MC setelah 4 tahun bekerja gaji nya mampu menandingi gaji pemegang degree dan lecturer masing2 pun kagum dengan dirinya. Itu yang membuatkan aku sungguh bersyukur dengan segala apa yang tuhan kurniakan kepada kami hari ini.

Suka untuk aku ingatkan, berbelanja lah sekadar mengikut keperluan. Jangan dek memuaskan hati orang lain kita yang menanggung akibatnya kemudian hari. Hati manusia takkan pernah puas. Jika 100 yang gembira dengan majlis kamu, belum tentu yang beratus lagi setuju. Buatlah ikut apa yang kamu mahu. Tentang mereka? persetankan. Nak datang merestu dan makan, silakan. Jika sekadar mengomel dan memberi kutukan, kad kamu yang cantik itu lebih bermakna diberi pada orang yang lebih menghargai.
Anggaran perbelanjaan dan insyallah masih lagi relevan pada tahun 2016 ini :

Katering 1 kepala RM6-RM8 (RM6 x 600pax - RM3600)
Khemah 4 (RM300 x 4 = RM1200)
Ed Karlos Kamil Katering, Taman Permata Hulu Kelang - well recommended.
(Jiran sampai ada yang datang makan bertambah)

Sewa Baju Kahwin (Lelaki + Perempuan = RM400 dan ke atas . Baju kami RM400 je) 
Design boleh pilih sedia ada atau design dan kain yang baru mengikut kehendak kita (sewa)
Plaza Idaman - Level 1 Din Collection 


Kad Kahwin (Buat 300 je sebab jemputan 600 orang)
(RM0.70 x 300pcs ) + RM30(artwork)    = RM210
Pertama Complex, Ground Floor berhampiran ATM

Pelamin Simple RM900

Monday, 13 June 2016

LONDON Weight Management - Penipu? Pukau? Daftar hanya RM18 Dapat Sesi Rawatan Percuma? Baca sini

Hal ni terjadi pada aku sekitar 2010. Dah sangat lama tapi masih segar dalam ingatan aku. Semoga kisah aku jadi pedoman buat semua.

Satu hari aku dengar ada iklan di radio/ tv, tentang program pelangsingan dari London Weight Management (LWM) ni. Masa tu tengah belajar, konon gemuk, tak lama lepas raya nak bertunang dah. Dengar RM18 nak jugak la cuba. Taip LD <No Kad Pengenalan> send 32*** (tak ingat).Lebih kurang yang aku attach kat bawah. Pastu dapat la reply ok boleh datang untuk pendaftaran sesi sekian sekian.

Hari Appointment
Wallet RM100. Bank RM200 (duit biasiswa, nak beli baju raya). 
Appointment di LWM Lot 10, Bukit Bintang , Floor atas sekali.

Masuk dan daftar. Bayar RM100, tapi baki RM88 tidak dipulangkan lagi dengan alasan tak ada duit tukar.

selang 10min..

Masuk bilik discussion untuk bertemu konsultan. 

Konsultan tanya itu ini family kerja apa, adik beradik, tinggal mana and all that. 
Then dia terangkan pakej yang LWM ada. 

1) RM38,888 - "Sorry miss, i'm not afford to take this package"

2)RM15,888 (half session from above) - "still not afford"

3)RM9888 (10-15 session if not mistaken) - " oh i am just a student. Boleh tak bagi pakej RM18 tu je?"

4)RM999 ( "Ok ni saya nak tolong u, last dah banyak diskaun ni")

Aku pun terangkan yang aku memang tak mampu, lalu dia usap2 bahu aku, kata nya lagi, apa aku ingat slimming tea, slimming cream tu semua memang mujarab ke? Kalau benda tu semua mujarab buat apa ada mesin-mesin pelangsingan ni semua, sambil pujuk aku untuk minta duit dari keluarga. Lepas ditegaskan keluarga aku memang tak mampu dia seolah mengalah dan bertanya berapa duit yang aku ada sekarang dan aku pakai KAD bank apa. Lepas tu dia minta aku tunjukkan kad-kad bank yang aku ada. 

*Keluar kan 2 3 keping kad BSN (biasiswa), Maybank (untuk kerja part time) lagi satu tak ingat.letak atas meja. 

Dia kata ok lah u ada RM300 kita buat pakej RM300 saja. Aku cuba menolak sebab memang aku tak ada bajet waktu itu lagi pula RM200 yang dalam bank untuk beli baju raya, 

Kata dia aku boleh buat withdraw di bawah, aku seolah menurut, salah seorang pekerja LWM mengekori aku sampai ke mesin ATM di tingkat bawah. Aku bagai dipukau, aku mengikut saja dan mengeluarkan RM200, kemudian pekerja tadi mengambil duit dan meneliti resit pengeluaran utk membuktikan yang aku benar2 ada RM200 waktu itu.

Aku mengekori nya naik semula ke LWM, dia serahkan wang aku pada kaunter. dan masuk semula ke bilik konsultan. Terasa konsultan sudah malas mahu melayan orang tidak berduit seperti aku. Diserahkan aku pada pekerja yang lain, timbang..65kg .aku dibawa ke ruang sauna (untuk 15minit), bilik selimut (aku diletak krim seluruh badan dan seperti selimut digulung2 kan pada tubuh aku lebih kurang 15minit). masuk bilik ketiga. tapi aku disuruh keluar kembali sebab duit aku tadi tak cukup untuk cover sampai bilik 3. timbang. "ok sekarang u sudah kurang 2kg. happy? " Kalau mau kurang banyak lagi nanti u topup itu yuran ok..Aku macam blur. Ok proses aku sudah selesai. Aku bersiap dan tunggu resit di kaunter pendaftaran. aku tanya mana baki RM100 aku mula2 tadi? kata wanita di kaunter. tunggu sekejap untuk cetak resit jika masih ada baki, Total resit untuk pakej rawatan tadi RM282 + RM18 (pendaftaran) baki aku RM5. Ngam!

Dengan senyum manis, gadis di kaunter menghulurkan baki RM5 dan cepat2 mengucapkan terima kasih dan menghantar aku ke muka pintu, 

Diluar LWM aku seolah baru tersedar, eh? apa aku buat ni? aku masuk balik dan bertanya. wanita tu menerangkan 2 proses tadi RM300++ tapi aku diberi diskaun, aku marah dan kembali bertanya, aku tidak mahu pun rawatan itu aku cuma claim rawatan yang dijanjikan di TV, radio untuk hilangkan 2-8cm untuk temujanji pertama dengan hanya RM18!!

Lalu dia menjelaskan butiran pada resit. mematikan tuduhan aku dengan menunjukkan bukti.rawatan ni cik ada buat kan tadi, yang ni, RM18 untuk pendaftaran tu akan dapat 'starter kit' tapi lepas aku langsaikan pakej yang ribu-ribu tadi. 

Dalam hati memang rasa nak bakar je kedai dia. Bayangkan aku pulang dengan berbekalkan RM5. Nasiblah bakal tunang aku ada untuk menjemput di bukit bintang. Buat pedoman dan peringatan berhati-hati dan berjaga-jagalah . Pakej mereka beribu ribu ringgit pasti ada sesuatu yang mereka lakukan untuk menarik  pelanggan malang macam aku . Bagi aku LWM, Yun Nam atau seangkatan dengannya semua sama sahaja. 

Iklan di tv, radio, Astro go shop, Malaysia Hari Ini, semua tu bukan murah. Aku tahu sebab aku sendiri kerja di bidang marketing. Berhati-hatilah, itu je pesan aku. nasiblah duit aku tak banyak dalam bank, kalau beribu, apalah nasib aku masa tu.Dan sampai sekarang iklan tak guna ni masih bebas bersiaran di tv dan radio. Pengusaha tv dan radio hanya pentingkan keuntungan mereka. Mereka sendiri pun tak tahu pasal LWM ini agaknya. Dan lagi SATU!..mereka akan gunakan jurucakap MELAYU untuk menarik pelanggan MELAYU. Tapi bila dah sampai sana nanti mereka akan ambil alih dan gunakan taktik kotor mereka.Akak-akak yang berjaya kurus tu dah berapa puluh ribu dah habis. 




Friday, 10 June 2016

Braces @ Pendakap Gigi

Soalan yang sering bermain difikiran.

Mahal tak? Costing? related search : Harga Braces 2024/Braces/Klinik Braces Murah/Harga Braces/ Kos Pemasangan Braces/ Braces KL/ klinik braces/ orthodontic
sakit tak? : cabut gigi / geraham / separator 

lama ke tunggu baru boleh pasang? Depends. Selalunya dalam 1 bulan.
klinik yang ada servis buat braces?
ok. Memandangkan aku sendiri google dan post2 yang aku jumpa kebanyakannya yang dah lama.since forever orang putih kata. hari ni jom kita update sikit pasal braces ni.

My braces story.
Dari kecil gigi aku memang tak rata. ada rabbit teeth (gigi arnab) dan gigi bawah (depan) yang bersepah.
aku pernah operate buang 4 batang gigi geraham bongsu yang tumbuh melintang sebab dah tak ada ruang dia nak keluar. Rahang aku juga selalu sakit bila makan daging dan akan kebas bila kunyah chewing gum. kesian tak? so memang dari dulu dah berniat nak pakai braces, cuma tak sempat daftar untuk kerajaan terpaksa lah tunggu ada sikit modal untuk buat di klinik swasta. 

Mahal tak?
Depends. Sebab braces @ orthodontic braces ni persaingan dah banyak. kalau KL / Selangor walaupun klinik pergigian yang ada servis ni banyak tapi still agak mahal dan mengambil Q yang panjang. Harga klinik swasta ni dari RM4000 - RM9000. Kalau kau pergi specialist takkan lah kau harapkan RM4500 ye dak?
Macam aku punya, aku buat di kampung suami, di Seri Iskandar, Perak. Ada 2  klinik pergigian di Seri Iskandar, Klinik An-Nur dan Klinik Pergigian Norazleen. Aku buat di Klinik Pergigian Norazleen, RM3500, on the same day. Deposit RM1500, monthly RM100. Siap kos mould gigi. Hebat kan? Sebab demand rendah. Kalau ada yang buat pun mungkin student UiTM Seri Iskandar @ UTP dan perantau macam aku ni. 

Costing (Bergantung pada klinik)
Consultation   =  RM30-100
Consultation + Mould = RM200 - RM300
X-ray = RM150- RM250 (adik aku buat di DEMC, Shah Alam RM150)
Deposit (Upon braces installation ) = RM800 - RM2500

Contoh deposit untuk klinik yang aku pernah tanya.

RM800 (Klinik Pergigian Suriani, Ampang)
RM1000 (Klinik Pergigian Maheran, Ayer Tawar Perak)
RM1500 ( Klinik Pergigian Zahida, Shah Alam / Klinik Pergigian Norazleen, Seri Iskandar)
RM2500 (Klinik Pergigian Kelana Jaya, Klinik Pergigian Wangsa Maju)

Misc Charges ( Klinik Pergigian Norazleen)
Scaling = RM60
Tampalan = RM60
Cabut gigi = RM50-RM80

Contoh Klinik dan Harga untuk rawatan Ortodontik
List Price_ Zahida Dental Shah Alam

Senarai Klinik Ortodontik yang berdaftar, klik link dan boleh cari orthodontist yang berhampiran dengan lokasi korang.Atau pun bila korang pergi jalan-jalan tu nampak je klinik ada tulis rawatan ORTHODONTICS confirm klinik tu memang ada buat braces. Pemilihan lokasi memang memainkan peranan penting, senang nanti nak buat check up tiap-tiap bulan. Kos perjalanan pun perlu diambil kira ok sebab temujanji adalah tiap-tiap bulan selama paling kurang 2 tahun. 

Malaysia Association of Orthodontists


Antara contoh klinik yang dikatakan murah dari segi kos untuk rawatan Orthodontics. Tapi Q dia faham-faham la ye. Memang ambil masa lah kalau nak buat. Yang penting tanya dan dapatkan sebanyak mana info yang korang perlukan. Memang perlu call untuk tahu prosedur dan proses.



Review_Klinik Dr Zarin, Ampang
Review_Klinik Dr Aina, Kajang
Review_Klinik Suriani, Ampang
Review_Klinik Maheran, Manjung


Untuk semua senarai Klinik Pergigian Swasta yang berdaftar.
Senarai Klinik Pergigian Yang Berdaftar Dengan MOH (Ministry of Health)

Sakit tak? - Beautiful is Pain. 



Tu je aku boleh kata. aku tak nak takut kan orang yang nak pakai braces. Sebab aku tau tak best nya rasa orang kutuk-kutuk gigi bertindih kau, orang ketawakan gigi arnab kau. So, kalau nak cantik kena berkorban lah jiwa dan raga. Makanan2 Malaysia yang superb. Kau chill je. Cuma untuk 2-3 tahun. Lepas tu kau boleh mula senyum sampai telinga. Boleh pamerkan gigi atas bawah kau yang dah tersusun rapi.

For the first week memang akan suffer. SUFFER ok. rasa ngilu seluruh mulut. dengan ada benda asing (braces) yang sentiasa berlaga dengan bibir. Ok ni aku tak tipu.Sebab ni pengalaman sendiri. Kalau ada yang kata dia pakai tu tak sakit dia memang hebat. Dengan adanya braces bila kau menggigit rasa macam nak luruh semua gigi. Boleh mengunyah tapi kena super slow dan hati2 kalau berlaga gigi atas bawah memang menangis la.Cara nak kurangkan sakit tu 

Jenis - Jenis Braces .Selalunya yang orang akan pilih adalah metal braces. Sebab dia murah dan boleh tukar-tukar warna getah tu.Cuma metal braces ni perlu pakai lebih lama (beberapa bulan) daripada braces jenis yang lain untuk lebih berkesan.


Elemen pada Braces. Bukan sekadar pakai, kena lah ambil tahu apa yang doktor ikat pada gigi kita ni.



  Dengan post yang panjang lebar ni aku tak tahu ada orang akan baca ataupun tak. tapi sekurang-kurangnya untuk simpanan diri aku sendiri dan usaha untuk memudahkan orang-orang yang memang betul2 mencari maklumat tentang braces ni.Harap aku tak give up. Senyuman yang sempurna tu just around the corner. Cepatlah dua tahun..haha

P/S: Aku dapat traffic read yang sangat tinggi untuk post ni since June. Thanks sebab korang sudi nak baca. Aku harap korang dapat tinggalkan komen apa lagi produk @ servis yang nak aku review. Sudi-sudilah jadi follower untuk naikkan semangat aku nak update lagi banyak topik-topik menarik. Topik banyak tapi bersawang dalam draft je sebab bahan tak cukup lagi. Apa-apa pun thanks for reading :)