Wednesday, 26 October 2016

Cara Membuang Lemak Pada Perut / Mengurangkan Perut Buncit

Makanan bergoreng, berkalori, gula adalah penyebab utama lebihan lemak pada perut.Lemak pada perut akan menyebabkan adalah lebih berisiko mendatangkan penyakit berbanding lebihan lemak pada bahagian lain.

Yang paling popular bagi masyarakat Malaysia adalah penyakit 3 serangkai. Maklumlah makanan
semua sedap-sedap. Yang sedap tu lah akan jadi penyakit di kemudian hari.

Apa itu penyakit 3 serangkai? KENCING MANIS (diabetes) , SAKIT JANTUNG (heart disease),
LUMPUH (stroke)

Lemak mudah merebak dari bahagian abdomen ke pembuluh darah. Lemak di bahagian abdomen

adalah sukar untuk dipecahkan walaupun dengan diet ketat Kalau tak cukup istiqamah, berjiwa kental

nak buat crunches setiap hari boleh cuba minuman ini 100% semula jadi yang boleh membantu anda menangani masalah tersebut. Berikut adalah apa yang anda perlukan:

Jus Lemon, parsley dan air

– 1 lemon;

– parsley;

– 60 ml air

Masa penyediaan tak sampai pun 5 minit. Apa yang perlu dibuat adalah:-

1) Perah limau

2) Masukkan perahan dalam gelas berisi air tadi

3) Masukkan parsley yang dah dipotong halus ke dalam cawan berisi perahan limau tadi

Perlu diminum ketika perut kosong !

** Pengambilan daun parsley secara teratur mampu membantu mengurangkan sehingga 3kg dalam masa 5 hari sahaja!

hebat? hasil alam semulajadi :)

Lemon kaya dengan vitamin C yang juga musuh kepada makanan yang tak sihat. Lemon juga

membantu menguatkan sistem imunisasi badan kita, membersihkan toksin dari badan dan lebihan

lemak pada abdomen.

Selain dari meminum 'penawar' ini, amalkan gaya pemakanan yang teratur contohnya seperti di

bawah untuk membantu memecahkan lebihan lemak dengan lebih cepat dan efektif.

- Kunyah makanan dan ambil masa supaya makanan yang dikunyah

- Minum sekurang-kurangnya 2 liter air sehari

- Masukkan oat dalam diet seharian. Ia akan membantu melancarkan pencernaan di samping      mengelakkan kembung perut.

- Makan walnut, pistachios dan almond. Kekacang juga baik untuk penghadaman.

- Makan protein untuk membakar lemak . Contoh : Salmon, tofu, cendawan, dan ayam.

**  Bersenam setiap hari. Jangan cuma fokuskan bahagian perut. Dengan melakukan senaman pada

keseluruhan badan ia akan membakar lemak dari semua bahagian akan mengekalkan bentuk tubuh

yang sempurna.


Search label : Bagaimana menghilangkan lemak pada perut, Mengelakkan perut buncit, lemon, limau, how to get a flat belly.

No comments:

Post a Comment