Monday 13 June 2016

LONDON Weight Management - Penipu? Pukau? Daftar hanya RM18 Dapat Sesi Rawatan Percuma? Baca sini

Hal ni terjadi pada aku sekitar 2010. Dah sangat lama tapi masih segar dalam ingatan aku. Semoga kisah aku jadi pedoman buat semua.

Satu hari aku dengar ada iklan di radio/ tv, tentang program pelangsingan dari London Weight Management (LWM) ni. Masa tu tengah belajar, konon gemuk, tak lama lepas raya nak bertunang dah. Dengar RM18 nak jugak la cuba. Taip LD <No Kad Pengenalan> send 32*** (tak ingat).Lebih kurang yang aku attach kat bawah. Pastu dapat la reply ok boleh datang untuk pendaftaran sesi sekian sekian.

Hari Appointment
Wallet RM100. Bank RM200 (duit biasiswa, nak beli baju raya). 
Appointment di LWM Lot 10, Bukit Bintang , Floor atas sekali.

Masuk dan daftar. Bayar RM100, tapi baki RM88 tidak dipulangkan lagi dengan alasan tak ada duit tukar.

selang 10min..

Masuk bilik discussion untuk bertemu konsultan. 

Konsultan tanya itu ini family kerja apa, adik beradik, tinggal mana and all that. 
Then dia terangkan pakej yang LWM ada. 

1) RM38,888 - "Sorry miss, i'm not afford to take this package"

2)RM15,888 (half session from above) - "still not afford"

3)RM9888 (10-15 session if not mistaken) - " oh i am just a student. Boleh tak bagi pakej RM18 tu je?"

4)RM999 ( "Ok ni saya nak tolong u, last dah banyak diskaun ni")

Aku pun terangkan yang aku memang tak mampu, lalu dia usap2 bahu aku, kata nya lagi, apa aku ingat slimming tea, slimming cream tu semua memang mujarab ke? Kalau benda tu semua mujarab buat apa ada mesin-mesin pelangsingan ni semua, sambil pujuk aku untuk minta duit dari keluarga. Lepas ditegaskan keluarga aku memang tak mampu dia seolah mengalah dan bertanya berapa duit yang aku ada sekarang dan aku pakai KAD bank apa. Lepas tu dia minta aku tunjukkan kad-kad bank yang aku ada. 

*Keluar kan 2 3 keping kad BSN (biasiswa), Maybank (untuk kerja part time) lagi satu tak ingat.letak atas meja. 

Dia kata ok lah u ada RM300 kita buat pakej RM300 saja. Aku cuba menolak sebab memang aku tak ada bajet waktu itu lagi pula RM200 yang dalam bank untuk beli baju raya, 

Kata dia aku boleh buat withdraw di bawah, aku seolah menurut, salah seorang pekerja LWM mengekori aku sampai ke mesin ATM di tingkat bawah. Aku bagai dipukau, aku mengikut saja dan mengeluarkan RM200, kemudian pekerja tadi mengambil duit dan meneliti resit pengeluaran utk membuktikan yang aku benar2 ada RM200 waktu itu.

Aku mengekori nya naik semula ke LWM, dia serahkan wang aku pada kaunter. dan masuk semula ke bilik konsultan. Terasa konsultan sudah malas mahu melayan orang tidak berduit seperti aku. Diserahkan aku pada pekerja yang lain, timbang..65kg .aku dibawa ke ruang sauna (untuk 15minit), bilik selimut (aku diletak krim seluruh badan dan seperti selimut digulung2 kan pada tubuh aku lebih kurang 15minit). masuk bilik ketiga. tapi aku disuruh keluar kembali sebab duit aku tadi tak cukup untuk cover sampai bilik 3. timbang. "ok sekarang u sudah kurang 2kg. happy? " Kalau mau kurang banyak lagi nanti u topup itu yuran ok..Aku macam blur. Ok proses aku sudah selesai. Aku bersiap dan tunggu resit di kaunter pendaftaran. aku tanya mana baki RM100 aku mula2 tadi? kata wanita di kaunter. tunggu sekejap untuk cetak resit jika masih ada baki, Total resit untuk pakej rawatan tadi RM282 + RM18 (pendaftaran) baki aku RM5. Ngam!

Dengan senyum manis, gadis di kaunter menghulurkan baki RM5 dan cepat2 mengucapkan terima kasih dan menghantar aku ke muka pintu, 

Diluar LWM aku seolah baru tersedar, eh? apa aku buat ni? aku masuk balik dan bertanya. wanita tu menerangkan 2 proses tadi RM300++ tapi aku diberi diskaun, aku marah dan kembali bertanya, aku tidak mahu pun rawatan itu aku cuma claim rawatan yang dijanjikan di TV, radio untuk hilangkan 2-8cm untuk temujanji pertama dengan hanya RM18!!

Lalu dia menjelaskan butiran pada resit. mematikan tuduhan aku dengan menunjukkan bukti.rawatan ni cik ada buat kan tadi, yang ni, RM18 untuk pendaftaran tu akan dapat 'starter kit' tapi lepas aku langsaikan pakej yang ribu-ribu tadi. 

Dalam hati memang rasa nak bakar je kedai dia. Bayangkan aku pulang dengan berbekalkan RM5. Nasiblah bakal tunang aku ada untuk menjemput di bukit bintang. Buat pedoman dan peringatan berhati-hati dan berjaga-jagalah . Pakej mereka beribu ribu ringgit pasti ada sesuatu yang mereka lakukan untuk menarik  pelanggan malang macam aku . Bagi aku LWM, Yun Nam atau seangkatan dengannya semua sama sahaja. 

Iklan di tv, radio, Astro go shop, Malaysia Hari Ini, semua tu bukan murah. Aku tahu sebab aku sendiri kerja di bidang marketing. Berhati-hatilah, itu je pesan aku. nasiblah duit aku tak banyak dalam bank, kalau beribu, apalah nasib aku masa tu.Dan sampai sekarang iklan tak guna ni masih bebas bersiaran di tv dan radio. Pengusaha tv dan radio hanya pentingkan keuntungan mereka. Mereka sendiri pun tak tahu pasal LWM ini agaknya. Dan lagi SATU!..mereka akan gunakan jurucakap MELAYU untuk menarik pelanggan MELAYU. Tapi bila dah sampai sana nanti mereka akan ambil alih dan gunakan taktik kotor mereka.Akak-akak yang berjaya kurus tu dah berapa puluh ribu dah habis. 




7 comments:

  1. jahatnya permainan diorang ni kan,,hmmm...keep writing akak

    ReplyDelete
  2. ye awk..harap tak adalah lagi mangsa yang teraniaya..beribu RM buka sikit

    ReplyDelete
  3. Dulu saya pn terkena mcm tu..pakej 2k.ok lah saya buat jugak sebab nk kawin...bila dah masuk session ke 9 dia nk suh continue lg...ape lg kite goreng balik dia ckp beg duit ade dlm keta kejap i p ambik at last sampaii ke sudah i xp..yg 1 session tu i sedekah amal jariah sebab diorg ni dah desprate kot my fren yg kurus keding pn diorg nk try gak suh slim...

    ReplyDelete
  4. saya telah membuat aduan ke tribunal untuk ambil balik rugian saya...dan inilan hak sebagai konsumer.

    ReplyDelete
  5. Mak saya dah ditipu RM3k setakat Jun 2018. First mak sign agreement Julai 2017. Dekat setahun dah tak pergi treatment. Baru pergi 4 kali tapi LWM dah caj sampai 11 kali. Baki 7 kali tak pergi treatment tapi LWM masih caj. Sekarang saya dalam proses nak hentikan treatment LWM sebab mak dah terkena sign pakej RM9k! Bila kita minta cancel, dia akan putar belit sana sini2 nak tukar dengan product kurus la apa la supaya duit tetap jalan. Saya malas nak dengar cerita, saya keluar dan cakap takpe saya settle dengan bank. Dia boleh perli kata settle dengan bank pun tak ada guna sebab duit tetap LWM caj. Last option: saya minta tolong abang yang kerja di hospital untuk keluarkan surat rujukan doktor supaya LWM hentikan rawatan atas faktor kesihatan mak (note: athma). Doakan semoga urusan saya dipermudahkan. Kesian tengok mak dah ditipu dekat RM3k setakat ni. Peringatan untuk wanita2 di luar sana, janganlah mudah termakan dengan pujuk rayu LWM dan seangkatan dengannya (note: Yun Nam, New York Skin etc) sebab parent company diorang dari Singapore dan China. Ramai dah sebenarnya yang dah kena tipu dengan depa ni. Awal2 kita masuk memang mulut manis nak pujuk apa semua. Tadi masa saya dah tak nak layan cakap dia, hantar ke pintu cakap thank you pun tidak. Langsung tak pandang dah saya dan mak as if kami ni hina sangat. Allahu. Khilaf mak saya juga sebab mudah termakan kata2 manis depa tapi takpelah. Yang tu dah jadi, wallahualam. Sekarang saya tengah cuba untuk selamatkan mak daripada kena bayar baki RM6k tu. Doakan!

    ReplyDelete
  6. Please not to visit LWM even they offer you free treaments...because you get there ang you accepted their so call free trials they will make yoy sign up for costly treatments telling you how bad your body is and how good their treatments can do to help you get in shape. There are cheaters...once you sign up and if yoy find yourself not satisfied with their services, you can never get your refund, they tell lies ,giving lots and lots of unreasonable excuses/ reasons which you have not been told during sign up. Please dont be the next LWM's victim !!

    ReplyDelete