Tuesday 14 June 2016

perkahwinan moden : apa yang perlu dan tidak perlu (kalau kau mampu sila teruskan)

Tahun 2012 tahun perkahwinan aku. Modal untuk sebuah majlis masih  lagi relevan.Masih ada lagi katering enam ringgt satu kepala. Masih guna deko-deko yang simple. Masih atau memang itu je kemampuan aku. Tapi alhamdulillah. Jemputan 600 orang semua dapat makan, malah dapat makan bertambah. Katering yang sedap, Dapat lebihan hidangan untuk 200 packs. Walaupun emak terus menerus merenung jam mengharapkan lekas lah jam 4 untuk majlis bersurai. Dia terlalu khuatir makanan tidak mencukupi.

Modal total untuk majlis aku lebih kurang RM9000 sahaja. Siap semua. Masa tu memang jujur tak mampu, itu pun terpaksa jual kereta wira pemberian mak. Tapi aku redha, itu yang bersesuaian dengan kemampuan aku masa tu dan alhamdulillah hidup aku makin lama makin dimurahkan rezeki. Kehadiran dua orang puteri menambahkan lagi kasih sayang tuhan pada kami.

Walaupun tak ada majlis grand bersanding atas pentas, dalam dewan masyarakat yang sewa pada ketika itu mencecah 800-1000 untuk satu majlis. Kami tidak terikat dengan hutang bank (personal loan) untuk berkahwin. Teringat aku pada kisah seorang kawan (mat despatch)yang perlu membayar RM300 setiap bulan akibat meminjam personal loan sebanyak RM20k untuk majlis kahwinnya. "Anak saya umur 5 tahun nanti baru lah hutang ni habis, anak pun dah besar, bayar hutang untuk apa pun tak nampak. Tu lah dek mengikut rasa orang lain, majlis nak grand jemputan nak beribu orang, akhirnya saya yang menanggung sendiri'. Nak ikut memang sedih, majlis betul-betul di pihak perempuan sahaja, si sebelah suami aku cuma majlis kesyukuran kecil. Tapi hati aku cukup redha ketika itu. biarpun tiada hantaran beg tangan guess@bonia, sepasang high heel Aldo ataupun set Iphone baru, tapi selepas selesai saja majlis satu keluhan gembira dan kepuasan mampu dileraikan. Aman bila majlis selesai, hutang pun takada.

Aku tau suami aku seorang yang sangat bekerja keras untuk keluarga nya, aku pernah mengidamkan seutas rantai untuk membatal air sembahyang. Tak pernah terlintas yang dia akan memberi, pada pagi majlis diserahkan satu kotak berupa rantai yang aku idamkan, hampir mengalir airmata ketika itu. Sempat aku bertanyakan, "mana awak dapat duit beli ni? bukannya murah?" jawabnya "dah awak teringin, saya usahalah dapatkan. ni duit saya tolong pakcik meniaga kat uptown, saya beli secara ansuran dari kedai emas tu. Dah habis bayar baru tokey bagi". Sungguh aku terharu. Dan hingga kini, suami ku masih insan yang sama. Bekerja keras,demi anak dan keluarga nya tanpa memikirkan kehendak sendiri. Dan rezeki yang dia perolehi hasil dedikasi, tanpa sekeping MC setelah 4 tahun bekerja gaji nya mampu menandingi gaji pemegang degree dan lecturer masing2 pun kagum dengan dirinya. Itu yang membuatkan aku sungguh bersyukur dengan segala apa yang tuhan kurniakan kepada kami hari ini.

Suka untuk aku ingatkan, berbelanja lah sekadar mengikut keperluan. Jangan dek memuaskan hati orang lain kita yang menanggung akibatnya kemudian hari. Hati manusia takkan pernah puas. Jika 100 yang gembira dengan majlis kamu, belum tentu yang beratus lagi setuju. Buatlah ikut apa yang kamu mahu. Tentang mereka? persetankan. Nak datang merestu dan makan, silakan. Jika sekadar mengomel dan memberi kutukan, kad kamu yang cantik itu lebih bermakna diberi pada orang yang lebih menghargai.
Anggaran perbelanjaan dan insyallah masih lagi relevan pada tahun 2016 ini :

Katering 1 kepala RM6-RM8 (RM6 x 600pax - RM3600)
Khemah 4 (RM300 x 4 = RM1200)
Ed Karlos Kamil Katering, Taman Permata Hulu Kelang - well recommended.
(Jiran sampai ada yang datang makan bertambah)

Sewa Baju Kahwin (Lelaki + Perempuan = RM400 dan ke atas . Baju kami RM400 je) 
Design boleh pilih sedia ada atau design dan kain yang baru mengikut kehendak kita (sewa)
Plaza Idaman - Level 1 Din Collection 


Kad Kahwin (Buat 300 je sebab jemputan 600 orang)
(RM0.70 x 300pcs ) + RM30(artwork)    = RM210
Pertama Complex, Ground Floor berhampiran ATM

Pelamin Simple RM900

No comments:

Post a Comment